IT'S ME....

IT'S ME....

Sunday, November 14, 2010

DEFINISI ERTI KHITBAH / TUNANG‏

Salaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh

PENDAHULUAN

Bertunang adalah satu adat yang telah di amalkan oleh masyarakat arab sebelum kedatangan agama islam ianya diterima pakai oleh islam sebagai satu ibadat. Pertunangan di dalam bahasa arab di sebut sebagai al-khitbah yang bermaksud meminta seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk menikah dengannya. Bertunang hukumnya ialah sunat ada yang menyatakan harus., ALLAH telah berfirman : “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan secara sindirin untuk meminang perempuan yang kematian suaminya dan masih dalam eddah,atau tentang kamu menyimpan dalam hati ( keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-menyebut atau mengingati mereka dalam hati kamu, akan tetepi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit-sulit selain dari menyebutkan kata-kata secara sindiran yang sopan.”



Surah Al-Baqarah ayat 235



DEFINISI


ERTI KHITBAH / TUNANG



"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin. "Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran"lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masingmasing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan danJakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza.Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain. "Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar"ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat. "Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).



"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak"bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.





PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama. Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan. Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga. Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.



Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.” Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu. Untuk mendapat keberkatan ALLAH, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan ALLAH ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.



Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini. Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat ALLAH dapat kita jaga dengan baik. Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga. Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”



Zaman dahulu kala. Mahar pemberian wajib lelaki kepada wanita yang bakal menjadi isterinya.



Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”



Bersabda baginda lagi yang bermaksud: “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”



Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda. Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja. Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali6 perempuan yang menaikkan mas kahwin 7anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.” Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat alQuran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau AlIkhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.



Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya. Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak. Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:“Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”



Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.



HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM
Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie8. mengatakan hukumnya adalah "alistihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan9( mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.



DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG
Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah... 1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain". Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh.



sila rujuk buku Mughni Almuhtaj. sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah.



 Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallahsaw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ".



Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".



TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH /BERTUNANG .
1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.

2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan/menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.

3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

 5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan,biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf11 / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.

- dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.







HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG.


(KHATIB-TUNANG LELAKI, MAKHTUBAH-TUNANG WANITA) HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI BERSAMA DENGAN TUNANG??? > Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegahterjadinya maksiat. > Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. > Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Adat yang masyur disesuatu tempat. sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).


Dr.Yusof Al Qardawi 13berkata: [" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.



Iaitu:1. Tidak halal YAKNI haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahram14nya seperti ayahnya atau abangnya. 2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahram15nya seperti ayahnya atau abangnya.]



Soalan:

Saya telah melangsungkan pertunangan bersama kekasih saya pada tahun lalu. Perkahwinan kami sepatutnya dilangsungkan pada akhir November ini. Perhubungan kami berjalan dengan baik sekali dan saya tidak pernah curang. Namun, pada awal Oktober lalu, tunang saya telah menghantar rombongan untuk memutuskan tali pertunangan kami. Tunang saya tidak memberi apa-apa alasan dan cubaan saya untuk menghubunginya juga gagal. Saya redha dengan apa yang telah berlaku, tetapi keluarga dan saya telah berbelanja bagi persiapan perkahwinan malah kad perkahwinan juga telah ditempah. Adakah apa-apa tuntutan yang boleh saya lakukan kini?



Jawapan:

Pertunangan secara khususnya tidak terdapat dalam Islam. Bagaimanapun, terdapat rujukan kepada pertunangan dalam Al-Quran dan hadis. Pertunangan biasanya diadakan mengikut adat resam dalam sesebuah masyarakat di mana ia dianggap sebagai langkah permulaan kepada perkahwinan.

(Fatawa Muasoroh) Orang yang diharamkan berkhwin(dengan wanita itu)



Adat pertunangan ini boleh diikuti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam, selaras dengan hadis yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: ``Sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap sebagai baik oleh masyarakat Islam adalah baik di sisi ALLAH.'' Pertunangan hanya satu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya. Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk membatalkan perjanjian jika ada sebab yang sah bagi membolehkannya berbuat demikian. Sekiranya tiada sebab yang munasabah maka perjanjian seperti itu tidak harus dibatalkan berdasarkan Ayat Al-Quran Surah Al-Maidah (5):1 yang bermaksud: ``Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu.'' Selain itu Nabi Muhammad s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: ``Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara-perkara yang mana mereka telah bersetuju".



KESIMPULAN

Kesimpulannya,pertunangan boleh mengeratkan tali persaudaraan dan memberi penghormatan kepada perempuan serta ibu bapa dan seluruh ahli keluargannya. Disamping itu dapat memberi peluang kepada pihak lelaki dan perempuan lebih mengenali diri masingmasing dari segi sikap, nilai, peribadi, akhlak, beragama dan lain-lain untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga apabila menjadi suami isteri kelak. Ianya akan menjadi mukaddimah kepada sebuah akad nikah yang akan menyebabkan pihak lelaki dan perempuan menjadi suami isteri yang akan diikat dengan peraturaan syariat dan undang-undang kekeluargaan islam setempat. Selain itu pertunangan juga menggalakkan pemberian hadiah diantara pihak-pihak yang bertunang bagi melahirkan rasa kemesraan,kasih sayang dan saling hormat-menghormati serta mempelajari ilmu rumah tangga juga dalam satu jangka masa dapat mengubah dan menyesuaikan diri serta membuat persediaan menjadi seorang suami atau isteri.



--

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~ "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

__________________________________________________

No comments:

Post a Comment