IT'S ME....

IT'S ME....

Thursday, December 30, 2010

Cari menantu ? - keretamayat


Bagaimana mencari menantu lelaki versi keretamayat…, maklumlah jika dapat yang 'out of spec' atau dengan kata sebenarnya: lelaki yang 'kureeeng' beriman, nanti bila dah kahwin kelak, dapatlah korang dua perkara. Iaitu:-

  1. Dapat anak...
  2. Dapat sabar..(Sabooor jer ler..ish.isk..)
hadith yang  dirujuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang diringkaskan dalam bentuk point, iaitu:-

RASULULLAH SAW bersabda lebih kurang maksud:
"Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; iaitu:-
  1. Pemerintah yang adil,
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada TUHANnya,
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
  4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada ALLAH!",
  5. Lelaki yang menyebut atau mengingat ALLAH dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal ALLAH."
  6. Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
  7. Lelaki yang berkasih sayang kerana ALLAH , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH,

    (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hmmm, jika ketujuh-tujuh golongan lelaki di atas di kahwinkan dengan anak aku, maka berbahgialah puteri kesayangan aku tu hendaknya., insyAllah..

Baiklah, sekarang aku akan huraikan keinginan aku kepada bakal menantu sekalian, yang aku rujuk berpandukan hadith di atas, DAN…, aku bukan nak tafsir hadith, aku bukan ulamak, aku just nak terangkan kepada bakal menantu aku akan kespesifikasian atau standard yang aku idamkan dalam mencari menantu idaman… mencari astana idaman..., insyAllah..

Ok, kita pergi kepada yang pertama:

1. LELAKI YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN..
Bagaimana korang nak tahu bahawa lelaki yang datang melamar korang sambil tersengih sengih itu adalah seorang yang mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang adil lagi sejati?

Mmmmm, kebolehan seorang pemimpin adalah di nilai melalui keedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, teknik atau cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah standard yang jelas untuk menilai kehebatan atau kebengapan seseorang bakal pemimpin rumahtangga., so apa kata kita timbulkan masalah untuk uji bakal menantu korang?

Apa ujian yang kita nak timbulkan?, suruh bakal menantu terangkan teori republic? Terangkan teori karl marx? Atau suruh menantu belajar ilmu ikhlas macam drama "kiamat sudah dekat"?

baiklah, ada riwayat dari seorang sahabat Nabi SAW (aku lupa nama sahabat itu..oh), cukuplah seorang itu di anggap jahat, apabila dia mengkritik rezeki yang di hidangkan..,
Nota: Nabi SAW tidak pernah mengkritik makanan walaupun tidak sedap..

Oh!, patutlah orang tua zaman dulu-dulu, para si mertua akan hidangkan air kopi yang di taruk garam, sajer nak test kepimpinan bakal menantu menyelesaikan masalah, baiklah, aku nak tanya kat orang bujang,.. jika korang orang lelaki menerima ujian hidup seperti ini, apa korang akan buat pada bakal bapak mertua?
Terangkan tentang penyakit darah tinggi?, Buat-buat pengsan? Berlakon jawab hand phone lalu siram pokok bunga dengan air kopi masin tu? He he he, Kalau aku di uji sedemikan rupa, maka aku akan mintak air panas kosong satu cawan lagi dan keluarkan satu paket minuman tongkat ali segera he he he..

Eh, aku melalut pulak?! Aku bukan nak ajar korang licik depan mertua, tapi nak bagi tips kepada bakal mertua mencari menantu sebenarnya… oh!

So sifat lelaki yang mempunyai sifat kempimpinan yang sejati dan Islamic adalah orang lelaki yang masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri, masuk jamban kaki kiri sambil menutup kepala, basuh berak dengan tangan kiri, kencing duduk sambil berdehem.. ehem, ehem, korek hidung dengan tangan kiri, tidak suka melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan diri sendiri, makan dengan tangan kanan dan jari kanan, tidur di lambung kanan, menutup mulut bila menguap bla bla bla boleh rujuk ustaz dan kitab..

K.e.r.a.n.a., dalam diri manusia ada sektul daging yang menjadi pemimpin kepada semua anggota iaituhati, jika hati bersih maka akan baik dan betullah cara penggunan seluruh anggota tubuh badan serta kemaluan dan lain lain…, so, jika anggota badan yang melekat kat tubuh badan pun tak boleh nak handle, macam mana nak handle anak dara orang???

Dan cara korang nak dapatkan jawapan dari bakal menantu pulak, terpulanglah kepada kebijaksanaan korang, samaada nak gunakan bilik cermin gelap, atau buat ujian bertulis, atau apa sajer, lantaklah… end.

Ok, sekarang kita pergi pada bab yang kedua lelaki beriman:-

2. LELAKI YANG MASIH MUDA BELIA SERTA SIHAT TAPI RAJIN BERIBADAT MACAM ORANG TUA YANG DAH NAK MATI…
Jika korang orang muda, belum cecah umur 25 tahun, tiada virus HIV, lalu datang jumpa aku kerana nak kahwin dengan anak aku, aku alu alukan… he he he.., inilah ciri-ciri lelaki beriman, nak kahwin awal..
Sila-sila, jemput naik, kita bincang kat atas.., sila sila (senyum)

Sementara kita habiskan teh' tarik dan keropok goreng ni, kita pergi pada syarat-syarat yang seterusnya…, ingat!!! ada TUJUH syarat semuanya.. 2 dah lepas, ada 5 lagi , sabar...
next!

3. LELAKI YANG MASIH MUDA TAPI SELALU LEPAK DI MASJID MACAM ORANG TUA..Menantu aku mestilah seorang yang solat berjemaah 5 waktu di masjid, kalau ada ustaz atau ulamak yang nak kahwin dengan anak dara aku, tapi tak istiqamah solat berjemaah, boleh blahhh, mana ada kebahagian berkahwin dengan lelaki yang tak suka solat berjemaah?? Setuju tak duhai orang perempuan yang dah kahwin dengan suami yang malas pergi masjid???
-----------
Ciri ciri orang beriman, bila dengar nama ALLAH, akan gementar hatinya.., tapi bila ada bakal menantu yang dengar AZAN, selamba jer buat donno.., boleh blah walaupun ustaz.., pergilah main jauh jauh..,
Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid, korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid.., apa kes?!!

4. LELAKI YANG MEJAGA KEMALUAN SEKSNYA..
Menjaga kemaluan di sini bukanlah di tujukan kepada orang bujang yang sentiasa buat senaman harimau dan amalkan makan tongkat ali serta sentiasa pergi berurut untuk panjangkan dan besarkan zakar.. bukan!!!
Huh, belum kahwin dan makan tongkat ali, apa kes? Tak yakin dengan kemaluan sendiri ke? Huh memalukan betul.., dah dah dah cukup!, maksud menjaga kemaluan di sini adalah lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana takutkan Allah…
Lelaki yang tak pegang tangan perempuan, lelaki yang tak 'ringan ringan', lelaki yang tak suruh awek dia buat oral seks, lelaki yang TAKUT betul pada ALLAH sehingga apabila di goda oleh artis wanita paling pololar, ia akan berkata, " sesungguhnya, aku takut kepada ALLAH ".. oh!
Wahai aweks aweks sekalian, Setuju tak jika aku kata: kebanyakkan lelaki yang bercouple, dia akan ambik kesempatan ke atas wanita dengan suka meramas buah dada dan buat oral seks, setuju tak?
Tapi si aweks aweks itu tak dapat jawab soalan aku kerana kemaluan pakwenya sedang berada dalam mulutnya.., buruk betul akhlak muda mudi zaman la ni, semuanya salah pakcik..oh!!! bertaubatlah.., kembalilah ke pangkal jalan..., masih sempat buat U turn.. isk isk..
Maka wahai korang orang lelaki, jika korang dah tak tahan nak bersetubuh dan korang takut kepada ALLAH.., cepatlah berkahwin, dan aku akan pertimbangkan permohonan korang, insyAllah, tapi masih tertaluk kepada terma dan syarat..
Selamat berharap!!!

5. LELAKI YANG MENANGIS KETIKA BERSUNYI DIRI KERANA TAKUTKAN ALLAH.Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang menangis di malam hari?
Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang bertahajjud dan menangis?

Agak susah nak dapatkan petunjuk 'blue clues' ni..
Tapi aku tahu, lelaki yang rajin beriktikaf di masjid adalah lelaki yang rajin bersolat tahajjud.

So, syarat yang ke lima, korang hendaklah seorang yang RAJIN (tidur sambil berniat) iktikaf di masjid kerana ALLAH, korang sekalu iktikaf di masjid malam malam...
korang kata: alahai, beratnya syarat ini..oh (he he he…) Selamat menangis!!!

6. LELAKI YANG TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU MENAHU …
Lelaki ini jika dia bersedekah dengan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri, maka tangan kiri tidak tahu bahawa tangan kanan telah bersedekah walaupun tangan kiri di kawal oleh otak kanan, kerana tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang memberi lebih baik daripada tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang menerima dari tangan kanan dan kiri, bersukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri.., arghhhh, pening kepala aku!!! pendek kata korang mestilah ada ilmuIKHLAS…

So, korang kena belajar ilmu ilhlas dulu.., nanti aku buat ujian oral.. hehe he (macamlah aku tahu ilmu ihlas..oh)
Selamat belajar!!

7. LELAKI YANG BERTEMU KERANA ALLAH…

Last!
  • Di hari Raya, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana Hari Raya?
  • Di kenduri kendara, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana ada kenduri kendara?
  • Di rumah sewa, Korang jumpa kawan korang kerana nak pinjam DVD atau kerana ALLAH?
  • Di hari Jummat, korang pergi jumpa kawan kawan di masjid kerana ALLAH atau kerana Hari tu hari jumaat?, semua orang pergi masjid, tak bestlah aku jika tak pergi masjid…?
  • DAN Hari ini, korang datang jumpa aku kerana ALLAH atau kerana nak pinang anak aku?
Jadi, walaupun akhirnya korang akan cakap, korang bertemu kerana ALLAH walaupun hakikatnya ada alasan yang lain mendahului, namun, aku tetap mencari menantu yang mana, beliau bertemu lelaki lain hanya kerana ALLAH!!! Tiada yang lain, Hanya ALLAH!!!
Maka aku tafsirkan lelaki ini kepada pendakwah yang tak mintak upah, dan berdakwah yang ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW..

Maka, jika ada pendakwah yang tak mintak upah dan berdakwah ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW.., lalu datang nak pinang anak dara aku, maka aku ucapkan..
SELAMAT DATANG..!!!

Nota: tapi aku tak nak anak aku kahwin dengan pendakwah 'bebas'… dan kreadit untuk mereka yang ada pangkat datok, berharta, jutawan, hartawan (setelah memenuhi 7 kateria di atas, he he he)

"Eh, cik Hamka?, kenapa hadith ni cerita tentang lelaki sahaja di bawah naungan ALLAH? Perempuan duduk kat mana?"
Aku kata setelah di rujuk kepada BURNAMA…Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA...
Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk shurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan di solek seindah indahnya untuk menanti sang suami..

Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..

Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..
Selamat bermadu!!!

OH! anak perempuan aku yang korang idam-idamkan untuk di jadikan isteri sudah menangis, aku nak kena beli susu untuk bayi sekarang, pampers pun dah nak habis, aku pergi dulu.., chow!
Ps: Sebelum jadi mayat…, Beruntunglah seorang lelaki yang membesarkan anak perempuanya dengan didikan ugama lalu mengahwinkannya.., beruntunglah…

No comments:

Post a Comment