IT'S ME....

IT'S ME....

Wednesday, March 23, 2011

tAndA-tAndA SomEOne SayNg Dan CinTA KAmu

by Comotluv QiqeenAsyiqeen on Saturday, January 22, 2011 at 6:42pm


Orang yang mencintai kamu
tidak pernah mampu memberikan alasan 
kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.


Orang yang mencintai kamu
selalu menerima kamu apa adanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat 
badan kamu sudah bertambah.



Orang yang mencintai kamu
selalu ingin tahu tentang apa saja yang 
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


 Orang yang mencintai kamu
akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur',
'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeda,
bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


 Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke 
majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.


 Orang yang mencintai kamu
akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


 Orang yang mencintai kamu
selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, 
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya 
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


 Orang yang mencintai kamu
akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
tapi akhirnya da berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, 
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk 
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


 Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan 
bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.


 Orang yang mencintai kamu
akan memberikan suatu barang miliknya 
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



 Orang yang mencintai kamu
akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup
kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


 Orang yang mencintai kamu
selalu ingin berada di dekat kamu dan 
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


 Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh 
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'


 Orang yang mencintai kamu
bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.


 Orang yang mencintai kamu
sering melakukan hal-hal yang SENGAL 
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan 
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu
dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.


 Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan 
mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.
dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu 
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu 
menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan 
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang 
lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


 Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,
kerana dia tidak mahu kamu terbeban...

No comments:

Post a Comment